Hari : Selasa
Tarikh : 01 Februari 2010
Masa : 60 minit
Kelas : 4 MAJU
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan
Bidang Pembelajaran: Hidupan memerlukan keperluan asas
Objektif Pembelajaran: Memahami bahawa haiwan memerlukan keperluan asas.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:
i) Mengenalpasti keperluan asas haiwan.
ii) Memberikan sebab haiwan memerlukan makanan, air, udara dan tempat berlindung.
Pendekatan P& P : Pembelajaran Masteri
Kaedah : Mengeksperimen
KPS : Berkomunikasi, Meramal, Menginferens, Mengeksperimen,
Membina hipotesis, Mengawal Pemboleh ubah
KMS : Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains
Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat
BBM : Bekas, kasa dawai, kadbod, belalang, air, daun, pita pelekat,
akuarium, ikan, tumbuhan air
Perancangan P & P :
Fasa Pengajaran | Isi Kandungan | Aktiviti | Catatan | ||
Orientasi (5 minit) | Menyatakan haiwan peliharaan murid | Guru bersoal-jawab: 1. Siapakah yang memelihara haiwan di rumah? 2. Apakah nama haiwan kesayangan kamu? 3. Bagaimana kamu menjaga haiwan kesayangan kamu? | | ||
Pencetusan idea (15 minit) | Keperluan asas haiwan | Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan. Contoh : Udara, air, makanan, dan tempat berlindung Soal-jawab: 1. Mengapakah kamu memberikan haiwan peliharaan kamu makanan? 2. Mengapakah kamu memberikan haiwan kamu air? 3. Mengapakah kamu menyediakan haiwan peliharaan kamu tempat berlindung? 4. Apakah akan berlaku jika haiwan peliharaan kamu tidak mendapat udara, air, makanan dan tempat berlindung? | KPS: 1. Berkomunikasi 2. Meramal 3. Menginferens KBKK: 1. Menghubungkaitkan 2. Mencirikan 3. Menginferens Nilai Murni: 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling 2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling. Tahap Kognitif: 1. Pengetahuan 2. Kefahaman | ||
Penstrukturan semula idea (25 minit) | Mengenalpasti keperluan asas haiwan: 1. Udara 2. Air 3. Makanan 4. Tempat berlindung | Guru memberi arahan kepada kaedah menjalankan eksperimen: 1. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara, dan makanan. a. Murid memasukkan haiwan kecil seperti belalang ke dalam empat buah bekas. Stesen 1 Bekas A : Mengandungi makanan kering dan ditutup dengan jaring. Stesen 2 Bekas B: Mengandungi air tanpa makanan dan ditutup dengan jaring Stesen 3 Bekas C: Mengandungi air dan makanan dan ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk Stesen 4 Bekas D: Mengandungi air, makanan dan ditutup dengan jaring 2. Murid diminta membina hipotesis menentukan pemboleh ubah, membuat pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat kesimpulan tentang apa yang mereka dapati daripada eksperimen yang dijalankan. (Murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan: a) Lembaran kerja b) Borang pemerhatian | KPS: 1. Mengeksperimen 2. Mengawal pemboloeh ubah 3. Membuat pemerhatian KBKK: 1. Membanding dan membezakan keperluan asas hidupan. 2. Menghubungkait 3. Menjana idea 4. Membina hipotesis Nilai Murni 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling 2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling. 3. Baik hati dan penyayang 4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan Borang Pemerhatian Lembaran Kerja | ||
Aplikasi idea (10 minit) | Mengenalpasti keperluan asas haiwan: 1. Udara 2. Air 3. Makanan 4. Tempat berlindung | Projek memelihara ikan secara kumpulan 1. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti : a) Akuarium b) Pam udara c) Makanan d) Ikan e) Tumbuhan air f) Air bersih | Nilai murni Menyayangi haiwan Bekerjasama Tahap kognitif · Pengetahuan · Aplikasi | ||
Refleksi (5 minit) | | | Tahap kognitif · Pengetahuan · Kefahaman |
Bekas | Hari Pertama | Hari Kedua | Hari Ketiga | Hari Keempat | |
A | | | | | |
B | | | | | |
C | | | | | |
D | | | | | |
Lembaran Kerja
Kumpulan :.................................................................
Nama ahli :..................................................................
.....................................................................
...................................................................
..................................................................
........................................................................
Arahan : Jawab semua soalan
Tujuan : Menyiasat keperluan asas haiwan.
1. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen yang akan dijalankan.
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
2. Nyatakan pemboleh ubah yang boleh dikenalpasti dalam eksperimen ini.
i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan(diubah-ubah)
...........................................................................................................................................................................................
ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas(berubah)
...........................................................................................................................................................................................
iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan(ditetapkan)
...........................................................................................................................................................................................
0 comments:
Post a Comment